Semalam yang mendamaikan (damai ke?) Entahlah..aku cuma ke bilik rakan2 utk sedikit diskusi for our presentation. Emm..Niza tolong aku edit assignment Bahasa Melayu(lama beno cakap omputeh..hehe) Pagi ni je lecturer aku dah rosakkan mood baik aku..yeah! Skang aku sedang dilanda kebengangan yang maha. Tak senyum seperti selalu..aku memang tak pandai nak sorokkan perasaan..entahlah.
Semalam pun ade org rosakan mood baik aku, tapi aku berjaya ignore, Alhamdulillah. Sampai petang aku dok lepak kat bilik utk siapkan persiapan pembentangan. Tido aku semalam cam biasa..tertangkup atas meja study, katil tinggi sangat (malas nak daki)lalalalala!
Kehidupan..
Tak semua yang kita nak akan kita dapat. Seringkali kita akan cemburu dengan kebahagiaan insan lain. Namun percaya atau tidak, ketenangan itu..kebahagiaan itu adalah pilihan kita. Jikanya dicari dan diusahakan, Allah pasti kan sudi meminjamkan nikmat itu. Aku tahu..ianya juga terlalu perit kalo hilang dari dalam diri.Hati pasti akan merana lagi dan mungkin tempias air mata menemani hari.
Kehidupan,
Tak semudah menaip di depan pc. Rencana telah tersurat lama dan ketabahan adalah antara alat terbaik utk terus mengemudi Hidup ini. Terasa kalut tika ini, bagai dihempas kekusutan lantaran aku sendiri...mempesudi kesedihan bertamu sebentar. Namun bila disenggang..betah jua aku menulis dan memuhasabah diri. Mencari damai hati, melalui kesulitan dan cuba meyakini bahawa sebenarnya aku berteman.
Emm..hidup ini adalah pilihan kita dan Allah menyaksikan segala. Indah hidup ini jika kita berjaya hadapi sengsara dan menikmati bahagia. Pun begitu ianya perlukan nilaian iman dan redha. Apa mungkin dapat kutempuh ini semua? Berjalan, melihat, mentafsir…ilal liqo’
No comments:
Post a Comment